Ahad, 11 Ogos 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera

coretan  hati yang penuh kesedihan .., pada hari khamis 21.02.2013 sepupu aku bertanya pada aku.nenek sedang sakit tenat tak melawat ke nenek kat hospital?..aku pun jawap ,tak sebab aku ada kerja ,,tapi aku menyesal ckap mcm tu...sebab, kalau aku pergi hospital mungkin allah telah beri aku peluang untuk bertemu dengan nenek buat kali terakhir ...berapa bodohnya aku,terlalu sibuk dalam kerja ,sedangkan nenek aku terlantar di hospital .,,
Jam menunjukkan 6.30 petang ,aku terus pergi kerja...di tempat kerja aku bersuka ceria macam takada apa-apa terjadi..sedangkan nenek ku sedang bertarung nyawa dengan sakaratul maut,
Jam menunjukkan pukul 12 malam
Masa untuk aku pulang ke rumah..
Dalam pejalanan nak pulang kerumah,kawan aku bernama amir,dia ajak aku lepak kat warong mamak ,baru balik kerja katakan,perut pun lapar ,,,sampai je di warong mamak kita orang makan sambil berborak ..sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 2.30 pagi...bebrapa minit kemudian aku dapat panggilan dari akak aku yang mengatakan nenek dah tiada ,,hati aku sebak terus tak terkata, menitis air mata ini,,,
dalam hati aku berkata ya allah ujian untuk aku yang kali kedua...,,
Aku dan amir terus ke hospital untuk melihat nenek buat kali terakhir.....
Sampai sahaja ,aku terus ke bilik mayat..air mata menitis lagi ,,aku terus terduduk bagai terpaku,,,ya allah aku redha dengan pemergiannya,,tapi alhamdulilah aku dapat renung wajah dia  lama2 buat kali terakhir.....
Atok ku pergi menemui ilahi pada 2006 semasa umur ku 12 tahun,
Nenek ku pula pergi ke rahmatullah  jam 2.20  minit pagi pada 22.02.2013 pada hari jumaat...semoga allah tempatkan atok dan nenek dikalangan orang-orang beriman ,
Al fatihah ...Amin

Yang hidup teruskan hidup
Yang pergi tak kembali
Setiap manusia pasti merasai sakit,dan setiap sakit pasti merasai mati !.
Ikhlas dari aku udin